Feeds:
Kiriman
Komen-komen

BLOG PPK TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BARU, HTTP://WWW.PONDOKEMPAS.BLOGSPOT.COM

Jasin, Melaka – 04/06/09: Ada maklumat mengatakan, pihak pemaju ingin bertemu penduduk kampung untuk mengadakan rundingan dan perbincangan.

Ketua Angkatan Muda KeADILan Melaka, sdr. Hairiz berkata, pihak pemaju ada berjumpa dengan salah seorang anggota Parti KeADILan Rakyat berbangsa Cina untuk mengaturkan pertemuan antara penduduk dan pemaju. Tetapi beliau dinasihatkan supaya tidak berjumpa dengan penduduk dalam keadaan sekarang, kerana dikhuatiri perkara tidak diingini akan berlaku.

Malam ini, JKBPK akan menganjurkan majlis bacaan Yaasin dan solat hajat di Surau Pondok Kempas. Semua masyarakat Muslim dijemput hadir.

7.18 – Solat Maghrib.

Sejurus selepas itu majlis dimulakan.

1. Bacaan Yaasin.
2. Solat Hajat.
3. Solat ‘Isyak.
4. Jamuan.
5. Penutup.

Harap maklum.

Jasin, Melaka – 31/05/09: Jawatankuasa Bertindak Kg. Pondok Kempas(JKBPK) dan penduduk jati Kg. Pondok Kempas telah mengadakan Demonstrasi Aman/Perhimpunan siri kedua.

Kalian sudah sedia maklum, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah demi membantah pembinaan Jirat Cina dan Rumah Pembakaran Mayat.

2.30 petang – Pihak JKBPK telah bersiap sedia untuk memulakan perhimpunan, namun begitu setelah hampir setengah jam pihak kami menunggu, penduduk/penyokong yang hadir hanyalah terlalu sedikit.
Ini memperlihatkan bahawa, perhimpunan kali ini agak hambar jika dibandingkan dengan perhimpunan siri pertama, kehadiran hanyalah sekitar 50 orang sahaja. Kerana ramai di antara penyokong-penyokong yakni penduduk jati Kg. Pondok Kempas tidak berpeluang atau takut untuk menghadirkan diri.

(a). Puncanya:
1. Ada yang pergi ke majlis kenduri kahwin saudara mara mereka di lokasi yang agak jauh, lantas mereka tidak sempat pulang untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

2. Sejak awal pagi lagi barua pihak tertentu, telah melakukan lawatan rumah ke rumah untuk mengancam dan menakut-nakutkan penduduk kampung, dengan harapan yang keji supaya penduduk berasa gerun untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

3. Ada maklumat yang tidak sahih, mengatakan banyak sekatan jalanraya yang dilakukan oleh pihak Polis(PDRM)

4. Penduduk berasa gerun untuk hadir, kerana sungguh ramai kehadiran pihak polis yang lengkap bersenjata di sekitar kawasan perhimpunan. Trak polis turut bersiap sedia. Sebelum sidang media diadakan, pihak OCPD(Ketua Polis Jabatan) mengelilingi dan mengancam Ayahanda saya selaku Naib Pengerusi JKBPK, dengan memberi pilihan.

(b). Pilihan:
1. Bersurai daripada mengadakan perhimpunan.

2. Jika tidak bersurai, pihak polis akan menahan dan mendakwa Ayahanda saya.

Wajarkah pihak polis melakukan sedemikian rupa?

Lalu Ayahanda saya dengan tegas bertanya, adakah dalam kawasan halaman rumah saya pun tidak boleh?. OCPD tetap ingin menggagalkan perhimpunan tersebut dengan berkata, tidak boleh!.
Dalam suasana tegang itu, sdr. Zamzizul bergegas menenangkan keadaan, lantas beliau bertanya kepada OCPD, bagaimana jika diadakan dalam rumah rumah?. olis tiada hak untuk menghalang jika penduduk/penyokong semua berkumpul di dalam halaman rumah saya sendiri!.

Akhirnya OCPD mengizinkan kami meneruskan perhimpunan, tetapi dengan syarat penduduk/penyokong semua masuk ke dalam rumah. Justeru itu penduduk/penyokong diarahkan masuk ke dalam rumah!.

3.00 petang – Dengan hanya kehadiran penduduk sekitar 50 orang, pihak JKBPK tetap meneruskan perhimpunan dan sidang media di kawasan anjung rumah kami. Yang Berbahagia Pengerusi JKBPK, Mohamad Bin Keling memulakan sidang media. Beliau memberikan serba sedikit alasan dan ancaman negatif kepada penduduk.

(c). Antaranya, Kesan Aktiviti Perayaan :

1. Bunyi BISING

2. Lalulintas yang sesak

3. Bau pembakaran mayat yang menjijikan

4. Pembakaran terbuka colok-colok yang besar dan banyak , menghasilkan asap dan bau yang tidak menyenangkan bagi rakyat dan penduduk kita yang beragama ISLAM.

5. Pembawakan sosio budaya yang kurang sihat kepada generasi muda di kampung

6. Kesan psikologi yang amat mendalamkan kepada penduduk terutama yang beragama Islam. Kami akan menanggung seumur hidup rasa tekanan (stress) dan rasa takut terutama di kalangan anak-anak bilamana melihat kawasan kuburan yang luas dan tersergam.

7. Kesan yang paling membimbangkan adalah rasa prejudis dan benci dalam jangkamasa panjang nanti. Bolehkah kita semua menjamin perasaan ini tidak akan timbul?

Sumber: Memorandum Bantahan

Beliau menegaskan lagi, ini bukanlah isu perkauman, tetapi wajarkah projek pembinaan sedemikian berada di tempat yang berpenduduk?
Kaum Cina pun tidak sudi rumah berdekatan kubur, jika ia berlaku hilanglah Fengshui.

Seterusnya sdr. Zulkefli Othman menerangkan tentang langkah-langkah segera akan diambil.

(d). Tindakan:

1. Pada hari Rabu ini, pihak JKBPK akan menghantar Memorandum Bantahan kepada pihak Ketua Menteri, ahli Exco, Jabatan-jabatan kerajaan negeri Melaka.

2. Laporan kepada SPRM akan dibuat untuk mendakwa dan menyiasat pihak-pihak yang meluluskan projek pembinaan Jirat Cina terbabit.

3. Injuksi mahkamah akan dibuat untuk mencabar keputusan Exco dalam meluluskan projek pembinaan tersebut.
Penutupnya, sdr. Zamzizul membangkitkan semangat penduduk/penyokong dengan berkata.

(e). Kata-kata sakti:

1. Hidup-hidup, hidup Rakyat.

2. Hancur-hancur, hancur PEMAJU!.

3. Lahanat-lahanat, lahanat PEMAJU!.

Tiga dari kiri – Pakcik Ibrahim Baba a.k.a. Veteran ABIM .
Sdr. Adli, Setiausaha Sulit Khas kpd Naib Pengerusi JKBPK.
OCPD memantau keadaan.
Dari kiri- Tok Laya a.k.a. Pejuang Veteran dan sdr. Md. Dan.
Dari kiri – Adli, Aida Nur Latiffa a.k.a. Srikandi Cilik dan Muna Izzah a.k.a Srikandi Cilik.
Aiman a.k.a. Wira cilik tak kisah, tapi kali ini Aiman kisah untuk turut sama berjuang!.
Antara penyokong yang hadir.
Beberapa anggota polis beruniform lengkap dengan senjata M16 dan juga Special Branch(SB) melakukan kawalan.
Kurang pasti – Adakah di situ semuanya polis dan SB?.

Timbalan OCPD bertanya sesuatu kepada Pakcik Jamin Jepun.
Dari kiri – Setiausaha JKBPK, Zamzizul(berbaju putih) dan Yang Berbahagia Pengerusi JKBPK(bersongkok putih berbaju merah)
Beberapa penyokong berhimpun.
Kurang pasti – Three Musketeers ke itu?. ^_^
Lagi sekitar perhimpunan.
Dari kanan- Siti Tun Teja bersama dua orang Srikandi Jelita.

Dari kanan- Asrul a.k.a. Geng04 dan Arfizal.


Perhimpunan bersurai setelah sidang media tamat.


Dari kiri – Nafees Wafi a.k.a. Wira Cilik dan Muna Izzah a.k.a. Srikandi Cilik menyatakan, kami inginkan keamanan di Kg. Pondok Kempas yang bertuah ini!.

Petikan : K.A.Com

Jasin, Melaka – 03/06/09: Syukur ke hadarat Ilahi, walau pun menghadapi pelbagai rintangan, pihak Jawatankuasa Bertindak Kg. Pondok Kempas(JKBPK) telah berjaya menyerahkan ‘Memorandum Bantahan’ kepada Tuan Yang DiPertua Melaka, Ketua Menteri Melaka, Sahibus Samahah Mufti Negeri.

8.30 pagi – Rombongan pihak JKBPK tiba di Kompleks Seri Negeri untuk menyerahkan ‘Memorandum’  kepada Ketua Menteri, tetapi malangnya Ketua Menteri tiada di situ, beliau dan beberapa Exco bermesyuarat di Kompleks Al-‘Azim. Walau bagaimana pun JKBPK berpeluang bertemu Setiausaha Sulit(SUKS) Ketua Menteri. Pada mulanya SUKS enggan menerima ‘Memorandum Bantahan’ itu, tetapi setelah didesak oleh pihak JKBPK, akhirnya beliau menerima ‘Memorandum’ tersebut. Sejurus selepas itu pihak JKBPK bertemu Y.B. Khidir di situ juga, Yang Berbahagia Abdullah Hassan, Naib Pengerusi JKBPK bertanya kepada Y.B. Khidir ‘sama ada beliau tahu atau tidak tentang isu Jirat Cina & Memorial Perkuburan terbabit?. Y.B. Khidir menjawab saya tidak tahu!. Abdullah Hassan dengan tegas mempersoalkan kepada Y.B. tersebut, macam mana awak tidak tahu?, itu tandanya Y.B. tidak turun padang!.

9.30 pagi – Sebelum beredar, pihak JKBPK mengadakan sidang media di lobi Kompleks Seri Negeri.

9.45 pagi – JKBPK beredar dari Kompleks Seri Negeri dan menuju ke Pejabat Tuan Yang DiPertua Negeri Melaka.

10.00 pagi – Setibanya di situ, JKBPK bertemu Pegawai Peribadi Tuan Yang DiPertua, kerana di waktu  itu Tuan Yang DiPertua belum tiba di pejabat beliau.

10.30 pagi – Tuan Yang DiPertua tiba, maka tercapailah hasrat JBKPK dan penduduk kampung untuk menyerahkan ‘Memorandum’ tersebut secara terus kepada Tuan Yang DiPertua. Tuan Yang DiPertua berkata, beliau akan baca dan meneliti ‘Memorandum’ tersebut, dan mencuba sesuatu menyelesaikan Isu Jirat Cina & Memorial Perkuburan itu.

11.00 pagi – JKBPK tiba di Jabatan Mufti Negeri Melaka, dan menyerahkan ‘Memorandum’ kepada wakil Mufti Negeri Melaka.

Insya-Allah, seterusnya pada hari Jumaat ini, peguam yang mewakili JKBPK dan penduduk kampung akan melakukan injuksi mahkamah.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.